SaHaBat BLoGgEr

Sunday, November 24, 2013

RIP Sayangku HERO aka Abam Iyo...

Hari ini 24/11/2013 seluruh pencinta haiwan/kucing dikejutkan dengan satu berita sedih.

Hero atau lebih dikenali dengan gelaran Abam Iyo telah pergi meninggalkan kita akibat penyakit LEUKEMIA..

Berikut adalah sedikit bingkisan kisah HERO yang dipetik daripada blog Kakimotong :


Permulaan,

~~Al-Kisahnya Aku Dan Hero~~

Pada satu hari di bulan Mei 2005 pukul 2pm di satu tempat ( saya baru sahaja berpindah ke tempat ini ), saya telah singgah di sebuah kedai runcit untuk membeli air. Setibanya di kedai, saya ternampak ada sekumpulan orang telah berkerumun di depan kedai tersebut. Apabila saya menjengah, saya ternampak HERO terbaring tanpa kaki hadapan dan dalam keadaan yang tercungap-cungap. Juga terdapat darah yang banyak keluar dari tempat lukanya.

Saya sempat bertanya kepada tuan kedai apa kena dengan kucing ini? Tuan kedai tu cakap dia pun tak tahu. Lepas itu, ada seorang budak lebih kurang umur peringkat awal sekolah menengah mencelah dan berkata dia ternampak ada seorang lelaki yang menaiki kereta telah membuang HERO di tepi longkang berhampiran dengan kedai runcit tersebut sambil berkata kucing ni bawak sial, selalu curi makanan kat kedai dia. Ini menunjukkan HERO didera di tempat lain dan dibuang di tempat lain.

Tanpa berlengah, saya terus ambil HERO dan masukkan ke dalam bakul motor untuk dibawa pulang. Aku sempat balut dia dia dengan jaket motor aku untuk hentikan pendarahan, Malangnya, aku tak cukup wang untuk membawa HERO ke klinik. Pada saya, kalau dia nak mati, biarlah di rumah saya...saya tawakal jer ketika itu...saya terkilan kerana tak dapat merakam keadaan HERO pada masa itu kerana pada tahun 2005 handphone berkamera masih baru diperkenalkan dan harganya agak mahal. Aku pula baru sahaja 2 minggu bekerja dengan company baru ni. Aku tak mampu nak beli handphone berkamera. Aku hanya memakai hanphone NOKIA 3310 pada waktu itu. Ketika itu, aku masih bujang. Tambahan pula wang perlu dikumpul untuk perkahwinan aku yang bakal menjelang 3 bulan lagi ( Ogos 2005 )

Lepas sebulan lebih merawat HERO, dia semakin pulih ( saya pun hairan ) dan dengan gaji pertama saya, saya gunakan untuk membeli handphone berkamera Sony Ericsson K700i. Cara saya merawat HERO saya tak nak ceritakan di sini sebab saya tak nak ingat lagi perkara tu. Tak tau berapa banyak air mata aku dah keluar. Jadi, klip yang anda lihat selama ni menunjukkan lukanya sudah hampir sembuh. Aku agak terkilan sebab tak dapat rakam lukanya pada peringkat awal. Aku cerita skitlaa keadaannya....Keadaannya macam ayam golek. Dia tak boleh baring ke kiri dan ke kanan. Kejap2 bergolek...kejap2 bergolek... Buang air besar dan kecil mengiring..nak letak dalam kotak salah, nak letak kat lantai pun salah...last2 aku letak atas tilam bujang...hu hu hu...tilam tu aku da buang da....

So, selepas HERO sembuh sepenuhnya, begitulah keadaannya seperti yang anda tonton dalam klip itu hingga sekarang. Sebenarnya, ceritanya panjang lagi dan aku tak


Dipetik daripada :blogkakimotong 

Wednesday, September 25, 2013

Musim Panas ea sekarang nih..??


Cuaca Panas
fiuhhh...

cuaca sekarang panas sungguh la
so, kawan2 minum air banyak2 ye
terhidrat kat luar sebab cuaca panas, terhidrat kat opis sebab aircond.
hehe..

Rasa macam kat sauna dah bila dok kat umah.
Hidup menyewa bujangan mmmg 'tak la' nak pasang aircond kan..

tidur malam pun berpeluh2..
hehe..

idea kering dah nak menaip nih..
haha.. sbb panas dowh..

sy pun nak tido dah..
nanti sy corat coret lg ye..
daaaa...


Sunday, September 22, 2013

SEPTEMBER 2013

Salam 1 Malaysia..

Ha...
Lama nye dah tak mencoret2 kat blog nih.
Actually Blog ni untuk apa ye ? Setakat yang sy nmpk ramai yg gunakan blog ni untuk promosikan bisnes online memasing.
HEBAT !!
Anak Melayu abad ni kini semakin rancak berniaga wpun secara online.
almaklumla memasing nak cari duit tambahan untuk buat blanja...
Termasuk la sy ni. search je kat fb tu Beauty & Accessories All 2gether
Haaaa.. memacam ade kat situ dijual. Sy berkongsi dengan sorang lagi kawan.
Kitorang duduk serumah..
Ade jugak kan yang buat bisnes online ni untuk suka2.. menjual koleksi2 yang diminat..
ok lah sampai sini dulu.. saje nak corat coret kat blog sy ni yang dah lama sepi.. huhu..

Sunday, October 14, 2012

~ Kini Wanita Berkerjaya ~

Alhamdulillah....

Saya kini telah menjadi wanita berkerjaya sepenuhnya..
Nak tahu kenapa ? hee~
Pada 4 Oktober 2012 saya telah melapor diri sebagai pekerja tetap TNB.
Jawatan ? Sebagai seorang Pembantu Tadbir di Jabatan Kewangan Unit Sokongan Sistem. Macam hebat bunyinya kan.. heee~
Agak mencabar jugak bekerja di bahagian itu.
Seksyen CAF : Cross Application Function 
( Autopay/Autobilling)
Nak cerita panjang lebar takut korang tak paham pulak nanti.
Anyway, saya memang seronok dengan pekerjaan saya sekarang.
Semoga pekerjaan saya yang sekarang ni diberkati...

Wednesday, September 26, 2012

Jodoh ~ Ketentuan Allah


Saban hari sebagai manusia kita akan terfikir, siapakah yang bakal ditentukan oleh Allah SWT untuk menjadi permaisuri hidup kita. Siapakah bakal suami atau bakal isteri yang akan berkongsi hidup bersama selamanya. Walaupun kita tidak mengetahui siapakah insan istimewa tersebut, namun manusia yang lemah seperti kita tetap mempunyai ciri-ciri idaman untuk bakal pasangan kita bukan?
 Terkadang Allah tentukan seseorang yang begitu hampir  dengan kita sebagai jodoh, dan terkadang mungkin jauh dari pandangan mata kita. Ada juga yang bercinta, mungkin bertunang bahkan mungkin sampai berkahwin namun andai itu belum jodoh yang diberikan Allah sudah pasti akan ada ujian dan cabaran.
 Mungkin andai tiada jodoh di waktu percintaan, tidak begitu menyakitnya berbanding cinta yang terputus di apabila telah sampai bertunang dan lebih-lebih lagi apabila sudah ke alam perkahwinan. Mungkin pada nilaian mata manusia itu adalah keputusan yang tidak munasabah dan tidak memikirkan hati orang lain. Sememangnya manusia perlu berusaha untuk membina kebahagiaan yang telah dibina atas dasar kasih sayang. Tetapi apa yang lebih penting kebahagian diri perlu diutamakan.
 Dan Allah SWT menjadikan ini semua sebagai asbab untuk kita dipertemukan dengan jodoh kita. Sesuatu yang perlu difikirkan. Istilah ‘tiada jodoh’ jika kita sama-sama teliti sebenarnya terkandung dua 3 perkara penting yang perlu difahami:
1. Hikmah pengajaran
Kerana manusia tidak sepanjang masa melakukan keputusan dengan tepat dan betul. Maka kesilapan yang dilakukan sudah pasti akan menunjukkan hikmah terhadap apa yang telah dilakukan agar dapat menjadi panduan pada masa yang lain.
2. Asbab bertemu jodoh
Perpisahan dalam perhubungan berkemungkinan Allah akan menggantikan dengan insan yang lebih baik, walaupun pasangan yang sudah bersama kita, dapat kita rasakan adalah yang terbaik. Namun perpisahan juga mampu menjadi asbab untuk bertemu insan yang lebih baik dalam mencinta diri anda.
3. Takdir
Inilah yang menjadi kenyataan penting yang perlu dihadapi dengan hati yang lapang. Pertemuan dan perpisahan adalah lumrah kehidupan yang perlu diterima. Mungkin anda pernah bercinta bagai nak rak, bertunang dan kemudian berkahwin untuk satu tempoh tertentu namun andai takdir Allah untuk berlaku perpisahan untuk pertemuan yang seterusnya maka hanya hati yang perlu menerima dengan redha.

Tuesday, September 25, 2012

Antara Matamu dan Mataku

video

haha.. mula mula tak reti nyanyi lagu ni..
dah la tak penah dengar.. pastu kena paksa nyanyi duet masa karaoke dgn Si Dia..
Then lama lama bila slalu dgr jadi suka plak..
inilah lagu kami.. dalam lagu ni jugak Si Dia menyatakan rasa hati.. auuwww..

Sunday, July 22, 2012

Akhirnya..selepas 2 tahun



Alhamdulillah...

Akhirnya selepas dua tahun telah ku temui seseorang..
Saya harap kali ini dia adalah yang terakhir..


Semoga hubungan kami diberkati dan jodoh kami berpanjangan..
Kawan2 yang baca post saya kali ni, Doakan kebahagian kami ye..
heee~

Template by:

Free Blog Templates