SaHaBat BLoGgEr

Sunday, October 14, 2012

~ Kini Wanita Berkerjaya ~

Alhamdulillah....

Saya kini telah menjadi wanita berkerjaya sepenuhnya..
Nak tahu kenapa ? hee~
Pada 4 Oktober 2012 saya telah melapor diri sebagai pekerja tetap TNB.
Jawatan ? Sebagai seorang Pembantu Tadbir di Jabatan Kewangan Unit Sokongan Sistem. Macam hebat bunyinya kan.. heee~
Agak mencabar jugak bekerja di bahagian itu.
Seksyen CAF : Cross Application Function 
( Autopay/Autobilling)
Nak cerita panjang lebar takut korang tak paham pulak nanti.
Anyway, saya memang seronok dengan pekerjaan saya sekarang.
Semoga pekerjaan saya yang sekarang ni diberkati...

Wednesday, September 26, 2012

Jodoh ~ Ketentuan Allah


Saban hari sebagai manusia kita akan terfikir, siapakah yang bakal ditentukan oleh Allah SWT untuk menjadi permaisuri hidup kita. Siapakah bakal suami atau bakal isteri yang akan berkongsi hidup bersama selamanya. Walaupun kita tidak mengetahui siapakah insan istimewa tersebut, namun manusia yang lemah seperti kita tetap mempunyai ciri-ciri idaman untuk bakal pasangan kita bukan?
 Terkadang Allah tentukan seseorang yang begitu hampir  dengan kita sebagai jodoh, dan terkadang mungkin jauh dari pandangan mata kita. Ada juga yang bercinta, mungkin bertunang bahkan mungkin sampai berkahwin namun andai itu belum jodoh yang diberikan Allah sudah pasti akan ada ujian dan cabaran.
 Mungkin andai tiada jodoh di waktu percintaan, tidak begitu menyakitnya berbanding cinta yang terputus di apabila telah sampai bertunang dan lebih-lebih lagi apabila sudah ke alam perkahwinan. Mungkin pada nilaian mata manusia itu adalah keputusan yang tidak munasabah dan tidak memikirkan hati orang lain. Sememangnya manusia perlu berusaha untuk membina kebahagiaan yang telah dibina atas dasar kasih sayang. Tetapi apa yang lebih penting kebahagian diri perlu diutamakan.
 Dan Allah SWT menjadikan ini semua sebagai asbab untuk kita dipertemukan dengan jodoh kita. Sesuatu yang perlu difikirkan. Istilah ‘tiada jodoh’ jika kita sama-sama teliti sebenarnya terkandung dua 3 perkara penting yang perlu difahami:
1. Hikmah pengajaran
Kerana manusia tidak sepanjang masa melakukan keputusan dengan tepat dan betul. Maka kesilapan yang dilakukan sudah pasti akan menunjukkan hikmah terhadap apa yang telah dilakukan agar dapat menjadi panduan pada masa yang lain.
2. Asbab bertemu jodoh
Perpisahan dalam perhubungan berkemungkinan Allah akan menggantikan dengan insan yang lebih baik, walaupun pasangan yang sudah bersama kita, dapat kita rasakan adalah yang terbaik. Namun perpisahan juga mampu menjadi asbab untuk bertemu insan yang lebih baik dalam mencinta diri anda.
3. Takdir
Inilah yang menjadi kenyataan penting yang perlu dihadapi dengan hati yang lapang. Pertemuan dan perpisahan adalah lumrah kehidupan yang perlu diterima. Mungkin anda pernah bercinta bagai nak rak, bertunang dan kemudian berkahwin untuk satu tempoh tertentu namun andai takdir Allah untuk berlaku perpisahan untuk pertemuan yang seterusnya maka hanya hati yang perlu menerima dengan redha.

Tuesday, September 25, 2012

Antara Matamu dan Mataku

video

haha.. mula mula tak reti nyanyi lagu ni..
dah la tak penah dengar.. pastu kena paksa nyanyi duet masa karaoke dgn Si Dia..
Then lama lama bila slalu dgr jadi suka plak..
inilah lagu kami.. dalam lagu ni jugak Si Dia menyatakan rasa hati.. auuwww..

Sunday, July 22, 2012

Akhirnya..selepas 2 tahun



Alhamdulillah...

Akhirnya selepas dua tahun telah ku temui seseorang..
Saya harap kali ini dia adalah yang terakhir..


Semoga hubungan kami diberkati dan jodoh kami berpanjangan..
Kawan2 yang baca post saya kali ni, Doakan kebahagian kami ye..
heee~

Saturday, June 9, 2012

~SuDaH 6 BuLaN~


huhuhu....
wahh.. tak sangka sungguh kali terakhir saya update blog ni pada 6 April..
ini semua disebabkan kesibukan dan kepenatan bekerja..
then ditambah plak ngan sepanjang bulan 5, laptop sy rosak..

Untuk pengetahuan kawan-kawan, saya dah 6 bulan rupanya bekerja dengan TNB..
Mmg agak mencabar bila menjadi kerani kewangan bahagian unit sokongan sistem ni...
Lebih-lebih lagi keje kat HQ.. rupanya ade lebih 100 stesen/kedai tenaga TNB dalam M'sia ni..

Boleh tahan jugak keje kat TNB ni.. ramai yg kata Ting. 15 ni mcm 'nightmare'
tapi saya seronok je keje kat situ. wpun bukan bidang kerjaya saya yang sepatutnya..
kadang2 jd mcm customer service pun ade gak..  asyik kene jawab call je..

Anyway, saya bersyukur sbb dah dapat kerja.. Alhamdulillah..
Sekian saja coretan saya hari ni..
Selamat Berhujung Minggu !!!!

Friday, April 6, 2012

So Sweet La This Video Clip...

Thursday, March 22, 2012

:: ini kan BLOG saya ::


Ini kan blog sy.. suka ati sy lah nak story apa pun kat sini kan..
Header blog ni pun dah tulis 
~the simple life of me~
 tak gitu wahai my follower ??
Untuk pengetahuan follower yg ade ni, sy memang suka kucing.
Dari sy kecik mmg family sy bela kucing.. sbb sy yg kutip bawak balik.. hehe..
Masa umo 5 tahun, ade bela kucing..masa tu family sy dok kat Pahang.
Kucing tu mmg aktif beranak, tp tak berkembang sbb anaknya asyik mati dalam enjin kereta ayah @ keta jiran..
Now bila dah pindah kat N9, sy curi2 bagi kucing makan yg dtg ikut blakang umah..
Pastu kucing tu xmo pi tempat lain.. terpaksalah bela..
Malas plak nak taip lagi..heee..
Nanti sy cerita lagi ek.. daaa

Wednesday, March 21, 2012

SaKiT KePaLa .....

HOLA...
ADEH..SY SAKIT KEPALA INI HARI..
TAK TAU KENAPA,PERUT PUN RASA PANAS JE.. BALIK KEJE PTG TD PUN RASA MCM NAK PITAM & NAK MUNTAH..

MY ANAK-ANAK BULUS KAT KMPUNG TU PUN TAK SIHAT..
SAKIT MATA & KECACINGAN..
MY MOM DAH BAWAK BUDAK2 TU PEGI VET..
SO,I SHOULD NOT WORRIED ABOUT THEM..

KUATKN SEMANGAT YE MY BABY BULUS..LG 2 MGGU MOMMY KAMU NI BALIK..

Saturday, March 17, 2012

SeLaMaT HaRi SABTU !!!


Agaknya apa aktiviti kawan2 saya hari sabtu ni ya...
Saya kat umah mak, balik berhujung minggu.
Hari ni lunch kat majlis perkahwinan anak kawan ayah saya...
Rasa macam dah lama tak makan nasi minyak kenduri kahwin ni.. (^^)v
Sekian saja coretan saya yg mmg abes ringkas dah ni.. hehe..

GILER KENTANG !!!!!

Haaa ?? Biar betul !!!
Last UPDATE bulan NOVEMBER ?????
Hahaha... tak sangka plak saya...
Kenapa la saya ni malas nak blogging..
If macam tu baik tak yah create blog kan..
Punya la sekian lama.. Ini semua gara2 kesibukan setelah saya mendapat pekerjaan..
Alhamdulillah.. Rezeki..
If nak story pasal ALL My Beloved BULUS2, hmmm...
From berbelas ekor kini dah tinggal 2 je.. tambhn 2 lagi sbb baru beranak bulan lepas.. hehe..
My bulus2 mati sebab diracun.. mati depan mata pulak tu.. aduhh... RIP to all my dear bulus.. TT_TT
Sekian saja dari saya..

Template by:

Free Blog Templates